(VIDEO) Remaja Maki Hamun Suruh Rakyat Duduk Rumah, Tapi Sendiri Melepak Ramai-Ramai!

Larangan bagi semua aktiviti berhimpun ataupun berkumpul di sesuatu tempat telahpun dikuatkuasakan ketika PKP 3.0 dilaksanakan, tapi masih ada lagi yang berdegil dan tidak peduli.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan sekumpulan remaja memberi pesanan dengan cara yang agak kasar meminta orang ramai duduk dirumah.

 

Advertisement

Bukan main lagi memaki hamun tapi mereka sendiri berkumpul ramai-ramai, ada yang tak pakai mask dan ada juga yang meletakkan mask tu bawah dagu. Dah habis ikut SOP lah tu? Niat dah bagus, tapi diri sendiri buat.

Sudah pelbagai cara kerajaan lakukan agar rakyat terus kekal berada di rumah dan tidak keluar kemana-mana tanpa urusan penting bagi mengelak wabak yang sedang melanda terus berleluasa.

Apapun, semoga wabak ini akan berakhir secepat mungkin agar kita semua dapat hidup bebes seperti sebelum ini.

Sumber

Comments