(Video): Rumah Kecil Kekal Di Tengah Lebuhraya, Pemilik Berdegil Untuk Berpindah

Sebuah rumah di China mendapat perhatian orang ramai kerana ia satu-satunya terletak di tengah-tengah lebuh raya.  Pekara ini terjadi selepas pemiliknya enggan menjual rumah tersebut serta menolak pampasan daripada pihak pemaju.

Rumah ini diapit oleh dua lorong yang melintasi Jambatan Haizhuyong, yang baru dibuka di kota metropolitan Guangzhou, China. The house is tightly wedged between two wings of the bridge The house seen from above The owner refused to accept compensation for its demolition

Pemiliknya yang dikenali dengan nama Liang, menyatakan alasan dia tidak mahu berpindah kerana rumah gantian yuang disediakan oleh kerajaan tidak mempunyai lokasi yang sesuai dengannya.

“Anda fikir persekitaran ini buruk, tetapi saya merasa tenang, bebas, menyenangkan dan selesa.”

Advertisement

Rumah satu tingkat itu berukuran 40 meter persegi, dan terletak betul-betul di tengah lebuhraya empat lorong di situ.

Menurut sumber, Liang dikatakan telah meminta empat buah pangsapuri sebagai pampasan untuk dia berpindah, tetapi hanya dua buah sahaja yang dipersetujui.

Manakala dakwaan lain pula menyatakan, Liang telah ditawarkan tempat tinggal yang berada di sebelah tanah perkuburan menyebabkan dia enggan bersetuju untuk berpindah.

Pihak berkuasa telah menawarkan kepada Liang pelbagai pilihan pangsapuri dan juga skim pampasan tunai, tetapi dia telah menolak kesemua tawaran itu.

Liang merupakan satu-satunya penduduk yang masih tinggal di sana, di mana sebelum ini terdapat 47 isi rumah di kawasan itu.

Kesemua penduduk lain telah berpindah dari kawasan itu sejak bulan September tahun lalu, tetapi hanya Liang masih berkeras untuk kekal tinggal di sana.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

 

Comments

comments