(Video) Suasana Di Sekitar Masjidil Haram, Para Jemaah Amalkan SOP

Oleh kerana penularan COVID-19 yang teruk melanda dunia, pelbagai perhimpunan sosial mahupun ibadah di seluruh dunia terpaksa ditangguhkan malahan ada yang terus bagi mengelak penularan pandemik tersebut.

Masyarakat Islam di seluruh dunia juga terpaksa menangguhkan ibadah haji mereka pada tahun ini. Hanya warganegara serta penduduk tetap Arab Saudi yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja dibenarkan untuk menjalani rukun Islam kelima itu.

Menurut sumber, hanya lapan orang jemaah dari Malaysia sahaj dibenarkan oleh Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun ini.

Advertisement

Beberapa keping gambar yang dikongsi di media sosial memperlihatkan suasana hari pertama jemaah haji yang sedang bertawaf. Jemaah juga dilihat memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial ketika melakukan ibadah itu.

Semoga ibadah semua jemaah dipermudahkan dan diterima oleh Allah SWT. Diharap pandemik COVID-19 segera berakhir agar pada tahun hadapan semua jemaah haji yang telah merancang dapat menunaikan ibadah ini.

Sumber (1)(2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments