(Video) “Tahu Pun Malu!”, Polis Ini Perli Pemandu Yang Suka Tangkap Gambar Mangsa Kemalangan

1144

Tak dinafikan, ini adalah salah satu perangai pelik manusia yang selalu menjadi tanda tanya. Setiap kali ada kemalangan berlaku, mesti ramai yang sibuk tangkap gambar mangsa kemalangan. Tengok sahaja lah, berapa ramai yang keluarkan telefon bila lalu di tempat kemalangan.

Tapi persoalannya, kenapa nak ambil gambar? Masalahnya, mangsa tu bukannya mereka kenal pun. Dah lah selepas tu, pergi sebarkan pula gambar di media sosial.

Dan nampaknya, perangai macam ni bukan di Malaysia sahaja tapi semua negara pun sama sahaja. Macam yang berlaku di Jerman ni, polis di sana siap ‘sekolahkan’ lagi mereka yang suka buat macam ni.

Kemalangan yang berlaku ini telah mengorbankan seorang pemandu berusia 47 tahun. Di tempat kejadian itu, polis mendapati ramai ‘penonton’ yang mengambil gambar mangsa.

Dalam video yang dikongsikan ini, polis ini memerli mereka ini dengan mengajak mereka melihat sendiri keadaan mangsa kemalangan itu. Iya lah, daripada tangkap gambar tu, baik dia bawa jumpa terus kan.

“Kalau awak nak, awak boleh pergi tanya khabar pada dia. Nak ke?”

polis lelaki

“Awak tak nak tengok dia? Habis tu kenapa tangkap gambar?”

kemalangan
Lelaki yang dimalukan ini kemudian meminta maaf. Tetapi sebelum dia pergi, dia dikenakan denda sebanyak 128.50 euros (RM604) kerana mengambil gambar secara tidak sah di tempat kemalangan.

Memang patut diajar mereka yang suka buat macam ni. Bukan sahaja tak hormati mangsa kemalangan itu tapi perasaan ahli keluarga mangsa pun kena hormat juga. 

Sumber: Facebook

Comments

comments