(Video) Tak Puas Hati Cermin Kereta Diketuk, Lelaki Mengamuk Rempuh Bazar

pemandu hilux

Pihak polis berjaya menahan seorang pemandu Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan bahaya di sebuah tapak bazar di Bukit Sentoasa, Hulu Selangor. Di dalam kejadian itu, pemandu tersebut telah merempuh kawasan bazar di mana orang ramai kemudian cuba menghentikan pemandu terbabit.

Video kejadian tersebut dirakamkan oleh salah seorang peniaga menyaksikan pemandu tersebut merempuh dengan pemanduan melulu. Orang ramai dan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilihat cuba membaling kayu dan objek keras untuk menghentikan pemandu itu.

Disyaki mabuk

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin berkata suspek yang disyaki mabuk itu tidak berpuas hati terhadap tindakan seorang lelaki mengetuk cermin keretanya ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

Di dalam kejadian itu, lima individu termasuk seorang wanita turut dilaporkan cedera akibat dirempuh kereta suspek. Kesemua mangsa berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan stabil. Polis juga menerima lima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan kejadian ini.

Polis kini mengenalpasti dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan yang rosak kerana dilanggar kereta suspek. Video kejadian kini viral dikongsikan di media sosial di mana rata-rata netizen mengutuk pemanduan berbahaya itu yang boleh mendatangkan kemalangan yang lebih besar pada orang awam.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments