(Video) Tak Sah Solat Isyak Berjemaah Di Masjid Puncak Alam Baru-Baru Ini!

21718

Baru-baru ini tular rakaman video solat  Isyak di media sosial dimana solat yang dilakukan  pada malam Isnin lepas di Masjid Bandar Puncak Alam di Shah Alam tidak sah kerana Imam tidak membaca salah satu ayat dalam surah Al-Fatihah.

Dipetik dari Harian Metro, para jemaah yang menunaikan solat Isyak di masjid tersebut wajib mengqada atau mengantikan solat tersebut.

Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam Fadli Mohd Yusuf, kejadian terbabit telah disedari oleh kariah masjid tersebut sejurus selesai solat.

Beliau kemudiannya terus merujuk perkara tersebut kepada pejabat Mufti Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Ketika kejadian, imam solat tidak membaca salah satu ayat di dalam surah al-Fatihah dan solat itu diteruskan sehingga selesai.

Sejurus itu, ahli kariah bertanyakan kepada pihak masjid sama ada solat itu sah atau perlu diqada semula.

Rakaman terbabit turut jelas kedengaran imam tidak membaca ayat ke-6 daripada tujuh ayat surah Al-Fatihah.

Mengapa solat Isyak tidak sah malam tersebut?

Menurut Mufti Selangor Datruk Mohd Tamyes Abd Wahid, rukun solat perlu membaca Al-Fatihah dengan tertib.

 Contohnya situasi yang berlaku ketika khutbah Jumaat suatu ketika dulu ketika khatib terlepas membaca ‘Ittaqullah’.

Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar semua yang bersolat Isyak pada malam itu perlu diqada semula.

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah.

TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

 

Sumber: Harian Metro

Comments

comments