Video Tersebar Di Weibo: Doktor Hilang Sabar Kerana Terlalu Letih Rawat Pesakit Terjangkit Virus Wuhan

Satu video tersebar di Weibo menunjukkan seorang doktor hilang sabar kerana tertekan dengan keadaan di Hospital di bandar Wuhan yang terletak di wilayah Hubei, China.


Doktor itu dikatakan bercakap di telefon dengan seseorang, meluahkan bahawa terlalu ramai pesakit di hospital tempat dia bertugas waktu ini dan tiada ruang dan katil yang cukup untuk menempatkan mereka.

Dia juga meluahkan dia mahu pulang ke rumah untuk sambutan Tahun Baru Cina. Hari itu ialah Festival Musim Bunga China.

Doktor itu mengatakan terlalu letih, dengan keadaan hospital yang kekurangan topeng surgikal, bekalan perubatan dan juga kekurangan pakaian pelindung untuk staf hospital yang sedang cuba merawat pesakit yang sebegitu ramai.

Advertisement

Sejak semalam, bandar Wuhan telah ditutup. Penduduk di dalamnya tidak dibenarkan keluar dan penduduk dari luar tidak dibenarkan masuk, dengan semua pintu masuk dan sempadan dikawal ketat oleh pasukan tentera. 33 juta penduduk di situ terkesan dengan penutupan ini.

Ramai di Twitter meluahkan kebimbangan mereka terhadap keadaan kesihatan mental para doktor dan jururawat di hospital dalam usaha mengawal dan merawat pesakit yang sebegitu ramai. – amazingnara.com

Comments

comments