(VIDEO) Tinggalkan Makanan Dan Minuman Ini Jika Ingin Perut Kempis Persis Model

Makanan dan minuman yang tidak baik untuk badan.

Salah satu hal yang ditakuti para wanita dan kaum lelaki ialah perut boroi atau buncit kerana ia bukan sekadar mengganggu penampilan seharian tetapi juga sangat berbahaya untuk kesihatan.

Untuk dapatkan perut yang kempis persis model-model wanita yang tinggi dan cantik, anda perlu menghindari makanan dan minuman yang berikut kerana ia dipercayai dapat menggemukkan badan dan meyebabkan perut boroi.

1.Makanan yang mengandungi tepung

Tahukah anda, jika terlalu kerap mengambil makanan tinggi tepung akan menyebabkan lemak pada perut yang akan membuatkan perut jadi buncit. Sebagai alternatifnya, anda boleh menukar roti putih dan nasi putih kepada roti wholemeal dan brown rice.

Advertisement

2.Jus buahan

Tanpa kita sedari, jus buah-buahan yang sering dijual di pasar raya mengandungi kadar gula yang tinggi. Ia akan membuatkan kadar insulin naik dalam tubuh badan seterusnya menjadikan perut buncit.

3.Air gas

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka merasakan minuman bergas dapat menyegarkan badan. Namun, kandungan gula yang tinggi dalam setiap botol akan membuat metabolisma dalam tubuh bertambah buruk.

4.Potato chips

Potato chips merupakan salah satu snack yang sangat sedap dikunyah dan buat kita cepat ketagih. Mengikut fakta, potato chips biasanya diolah dengan hydrogenated oils yang menyebabkan lemak jahatt dalam tubuh. Lemak jahat itu mampu mendatangkan kolesterol, serangan jantung dan lemak dalam badan.

5.Cookies

Makanan ini juga tidak bagus untuk kesihatan kerana kandungan lemak yang terkandung tidak baik untuk tubuh. Elakkan makanan seperti ini jika anda menginginkan perut yang kempis. Tetapi, jika sesekali dimakan tidak mengapa.

@idolaputeri5 makanan minuman tinggal hilang perut boroi. ##overnightoatsmalaysia ##weightlossjourney ##fypmalaysia ##fyptiktok ##tiktokmalaysia ##lockdownmalaysia? original sound – Wani Mustafa

SUMBER  

 

 

SUMBERTik Tok

Comments