(Video) Tular Wanita Mengandung Jadi Mangsa Samseng Jalanan

11085

Lagi kes samseng jalanan kini tular di Malaysia. Sebelum ini memang banyak kes samseng jalanan yang kerap membuli pemandu lain di jalan raya sehingga meragut nyawa.

Kini, wanita sedang mengandung 7 bulan menjadi mangsa buli samseng jalanan ini.

Dikatakan kejadian ini berlaku pada Jumaat lepas di Johor Jaya, berhampiran dengan Pasaraya Giant Plentong, Johor Bharu.

Video ini telah dikongsikan oleh JB Traffic Report, kejadian ini berpunca daripada lelaki yang memandu kereta Audi menukar lorong paling kanan namum lupa untuk menghidupkan signal kenderaanya.

Dikatakan wanita yang sedang mengandung ini membunyikan hon kepadanya. Tetapi lelaki ini berang dengan tindakan wanita ini lalu memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan di hadapan kereta wanita ini, sebelum bertindak memarahi wanita tersebut.

“Saya bawa anak tau, bengong.

Bengong tau bawak kereta tak?”

Dari video ini, kelihatan mereka sudah berdamai tetapi kenyataanya tidak. Lelaki ini masih tidak berpuas hati dengan wanita ini atas kejadian yang berlaku.

Dalam meneruskan perjalanan, wanita ini menangis ketakutan semasa membuat panggilan kepada suaminya menceritakan dia dibuli oleh lelaki ini.

Tetapi, lelaki itu memberhentikan keretanya sekali lagi di tengah-tengah jalan. Apa yang mengejutkan kali ini beliau turun dari kereta menuju ke arah wanita mengandung ini untuk diambil gambar kereta dan muka wanita ini.
ambil gambar wanita ini

Kini, lelaki tersebut sudah ditahan polis untuk membantu siasatan setelah laporan diterima.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mereka bertindak atas laporan polis yang dibuat mangsa Jumaat lalu, sepasukan polis menjalankan siasatan termasuk meneliti kenderaan digunakan suspek.

Hasilnya, kita berjaya menahan suspek lelaki berusia 27 tahun di sekitar Permas Jaya pada 12 tengah hari tadi.

Penahanan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan.

Sebagai pengguna jalan raya, bertolenrasilah antara satu sama lain. Kalau boleh jangan pentingkan diri sendiri, kena fikir perasaan orang lain juga.

Comments

comments