(VIDEO) Ubat Gigi Antara Bahan DIY Perlu Dielak Untuk Kulit Wajah Kekal Sihat

ubat gigi dan baking soda tidak bagus untuk kulit wajah.

Terlalu banyak DIY tips yang boleh dicuba dan disapu untuk merawat kulit wajah. Kebiasaannya, kesemua barang-barang ini ada di dapur rumah anda dan pastinya semua orang pernah mencuba salah satu daripada DIY ini.

Namun, ada beberapa bahan yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan merawat wajah. Tahukah anda, purata pH kulit wajah seseorang ialah 4-6. Jika ‘terlebih’ merawat wajah, ada kemungkinan skin barrier terganggu dan akan menyebabkan rasa pedih, ketat, kering, kulit jadi merah dan mudah naik jerawat.

Antara bahan-bahan yang perlu dielakkan untuk disapu di wajah ialah:-

1.Ubat gigi

Advertisement

Ubat gigi antara DIY paling famous yang pernah dicuba oleh semua orang kononnya ia dapat mengecutkan jerawat. Ubat gigi mempunyai bahan yang boleh membuatkan kulit jadi pedih.

2.Lemon

Lemon ialah sejenis buah yang mengandungi asid dan tidak sesuai disapu di muka kerana ia akan menyebabkan kulit muka terbakar. Walaupun ia dipercayai dapat menghilangkan parut, tetapi kandungan asid yang terlalu tinggi tidak sesuai untuk kulit.

3. Baking soda

Seringkali kita dengar soda bikarbonat dicampur dengan air dan dijadikan scrub muka akan membuatkan muka kelihatan bersih. Nilai pH pada soda bikarbonat tidak sesuai dengan kulit muka dan boleh membuatkan kulit lagi kering. Jika selalu guna, boleh menyebabkan skin barrier rosak.

4.Apple cider vinegar (cuka epal)

Ia juga sama seperti lemon kerana kandungan asid berlebihan di dalamnya tidak sesuai untuk kulit muka.

@zaffy.coDIY ingredients you should avoid ##zaffyshare ##zaffyco? original sound – Skincare tips with Zaffy

5.Kulit kayu manis

Kulit kayu manis biasa digunakan dalam masakan. Penggunaan kulit kayu manis berkemungkinan boleh menyebabkan irritation, pedih dan kesan panas pada wajah.

Jadi, sayangilah kulit muka anda. Jangan gunakan bahan sembarangan yang boleh meninggalkan kesan negatif pada kulit. Segera berjumpa pakar jika anda mengalami masalah pada kulit wajah.

SUMBER 

SUMBERTik Tok

Comments