(VIDEO) Unik! TikToker Indonesia ‘Remake’ BTS Meal Jadi Ais Krim

Tik Tokers Indonesia mencampurkan makanan BTS Meal jadi ais krim

Sekiranya anda peminat aplikasi Tik Tok, anda pasti selalu menonton video aneh yang mungkin boleh dijadikan inspirasi atau sekadar hiburan semata-mata.

Tik Tokers Indonesia, Sisca Kohl, berusia 19 tahun merupakan bangsa Tionghoa dilahirkan di Tangerang. Dia yang mula aktif pada tahun 2018 dan digelar Crazy Rich Tik Tok kerana video sering memuat naik review makanan harga kayangan.

Terbaru, video yang memaparkan Sisca menunjukkan lebih kurang 40 set BTS Meal yang dibelinya untuk sesi review. Kali ini, dia dan adiknya akan mencampurkan kesemua makanan termasuk sos set BTS Meal itu untuk dijadikan ais krim McDonald versi BTS Meal.

“Bikin ais krim BTS Meal check. Kali ini, saya tidak beli BTS Meal terlalu banyak supaya rakan-rakan Army semuanya juga dapat membeli BTS Meal”.

Rata-rata warga maya termasuk netizen Malaysia seperti geli dan mahu muntah melihat Sisca membuat ais krim BTS Meal itu.

Advertisement
@siscakohlBikin Es Krim BTS MEAL bersama adikku @aliyyah.kohl ??? ##fyp

? Classical Music – Classical Music

SUMBER

Comments

comments

SOURCEThe Vocket