(Video) Walaupun Kereta Dilanggar, Reaksi Pemandu Kereta Ini Menerima Pujian Netizen

4730

Tak dinafikan memang ramai yang lebih rela menaiki motorsikal untuk ke tempat kerja untuk elakkan kesesakan lalu lintas. Bukan sahaja dapat jimatkan masa tapi perbelanjaan pun dapat dijimatkan juga.

Tular baru-baru ini rakaman dashcam yang menunjukkan seorang penunggang motorsikal dilanggar oleh penunggang motorsikal Kawasaki. Yang menjadi masalahnya, bukan sahaja langgar orang lain tapi lepas tu terus cabut lari!

“Sebab ni lah setiap kali kalau aku mencelah time jem aku akan bawak as slow as possible.”

Tak patut betul buat macam ini. Sepatutnya tolong lah dulu mangsa yang terjatuh tu sebelum apa-apa. Rata-rata ramai yang rasakan penunggang motorsikal Kawasaki itu tak sepatutnya mencelah dengan keadaan macam tu.

“Motor tu tak bawak laju pun sebenarnya”

Tapi dalam kekalutan itu, netizen turut memuji tindakan pemandu kereta Swift merah itu kerana bersikap tenang dan tidak panik. Kalau diikutkan, siapa sahaja yang tak marah kalau kereta kena langgar kan? Tapi dia masih relaks turun kereta dan tolong mangsa.

“Dah kena langgar pun still steady tak ada marah-marah.”

Kami harapkan tak ada kecederaan serius yang berlaku pada mangsa tu. Tapi apa-apa pun, abang kereta Swift tu memang steady.

Sumber: Twitter

Comments

comments