(Video) Wanita Hamil Dipukul Bertubi-Tubi Oleh Lelaki Anti Islam

Tular sebuah video di Australia memaparkan seorang wanita mengandung ditumbuk dan disepak akibat serangan seorang lelaki anti Islam atau Islamofobia.

Menerusi rakaman CCTV yang berdurasi 47 saat, seorang lelaki dilihat menghampiri meja tiga wanita yang memakai tudung ketika mereka sedang berborak di sebuah kafe.

Lelaki tersebut dilihat ‘memprovok’ mereka bertiga, lalu bertindak menyerang seorang wanita mengandung dengan kejam.

Advertisement

Wanita tersebut dipukul dengan teruk sehingga jatuh ke lantai sebelum dileraikan oleh pengunjung di kafe tersebut.

pengunjung tolong

Lelaki tersebut dikatakan telah ‘memprovok’ wanita ini dan rakan-rakannya di kafe bahawa beliau anti Islam, menurut The Australian Federation of Islamic Councils (AFIC).

Serangan yang dilakukan oleh lelaki ini jelas sekali menunjukkan serangan perkauman atau Islamophobia.

Jika serangan ini tidak dihentikan oleh para pengunjung, berkemungkinan wanita itu akan mengalami kecederaan serius.

Wanita ini telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan, manakala lelaki tersebut ditahan oleh pihak polis diatas tuduhan serangan “Islamophobic”.

Islamofobia ditakrifkan sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam dan persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah daripada nilai Barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas sebagai satu agama.

Wanita Muslim seluruh dunia masih mengalami diskriminasi sama seperti wanita lain seperti diskriminasi pekerjaan, jurang pendapatan (gender gap) dan keganasan fizikal serta verbal. Namun, ada diskriminasi tambahan, diskriminasi agama dan kaum akibat persepsi negatif terhadap Islam atau Islamofobia.

Comments

comments