(VIDEO)Bekas Pegawai Tinggi Vietnam Dirakam Cabul Kanak-kanak Perempuan Dalam Lif

12524

Seorang pendakwa raya yang sudah bersara menimbulkan kemarahan orang awam apabila satu rakaman satu kamera keselamatan dalam lif menunjukkan dia menyerang secara seksual seorang kanak-kanak telah tersebar.

Kejadian itu berlaku pada 1 April lepas, menunjukkan Nguyen Huu Linh, bekas Timbalan Ketua Pendakwa Raya berusia 61 tahun untuk bandar Da Nang mengekori seorang kanak-kanak perempuan masuk ke dalam lif, kemudian seorang pengawal keselamatan juga masuk ke dalam lif untuk membantu kanak-kanak itu menekan butang lif.



Setelah pengawal keselamatan itu beredar, pintu lif tertutup, dan Nguyen dikatakan memeluk kanak-kanak itu, mencium dan menyentuhnya. Kanak-kanak itu dilihat menolak Nguyen, sebelum lelaki itu memeluknya sekali lagi. Nguyen kemudiannya melepaskan kanak-kanak itu. Pintu lif terbuka dan kanak-kanak itu lantas berlari keluar dari lif tersebut sehingga terjatuh.

Beberapa buah organisasi media di Vietnam melaporkan bahawa kanak-kanak itu hanya berusia lima tahun.

The Asia Times melaporkan, setelah disoal siasat polis pada 3 April, Nguyen mendakwa hanya membelai kanak-kanak itu kerana dia comel.

Polis menerangkan bahawa Nguyen sedang melawat ahli keluarganya di bangunan itu dan saksi mendakwa Nguyen mabuk pada malam kejadian.

Apabila rakaman video itu tersebar dan menjadi tular, orang awam menjadi berang, meminta keadilan ditegakkan buat kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa serangan seksual Nguyen.

Seorang peguam bandaraya Ho Chi Minh memberitahu VNExpress bahawa perbuatan Nguyen boleh dianggap jenayah mencabul individu berusia bawah 16 tahun, yang membawa hukuman enam bulan hingga tiga tahun penjara mengikut Kanun Keseksaan Vietnam.

Pada Khamis, Persatuan Perlindungan Hak Kanak-kanak Bandaraya Ho Chi Minh telah menggesa agensi kerajaan membawa kes itu ke mahkamah.

Satu akhbar Vietnam melaporkan pada Jumaat bahawa Pejabat Pentadbir Undang-undang Rakyat Vietnam telah mengeluarkan perintah kepada pejabat pentadbir bandar Ho Chi Minh untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi menyiasat kes tersebut, menekankan bahawa tiada belas kasihan akan diberikan walaupun pelakunya ialah bekas penjawat awam. – amazingnara.com

Comments

comments