(VIDEO)Individu Dakwa Diserang, Dipukul ‘Mak Nyah’ Pembantu Peribadi Selebriti

Seorang individu mendakwa diserang dan dipukul oleh pembantu peribadi seorang selebriti Instagram dan kejadian itu dirakamkan dalam sebuah video yang tersebar di media sosial.


Dalam kejadian yang dikatakan berlaku jam 5.00 petang 27 Januari lepas di Kuala Lumpur City Centre, dia yang bekerja sebagai jurujual barangan kecantikan itu dilihat ditarik keluar dari farmasi itu oleh seorang ‘mak nyah’ dan kemudiannya ditampar, ditarik rambut dan dipukul oleh ‘mak nyah itu’.

Video itu boleh ditonton di bawah:

Pengadu itu mendakwa cuba mempertahankan diri, tetapi diserang tiga orang sekaligus yang menyebabkan kecederaan di jari dan muka serta sakit di bahagian badan.

Advertisement

Sehubungan itu, pengadu tersebut telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

amazingnara.com

Comments

comments