(Video)Lelaki Pedofilia Berani Ganggu Kanak-Kanak Secara Seksual Di Kedai Serbaneka

28892

Kes pencabulan kanak-kanak semakin hari semakin berleluasa sekarang. Malah menurut Statistik terbaru yang dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman menunjukkan jumlah kes jenayah seks kanak-kanak meningkat sebanyak 20.3% bagi tempoh enam bulan terakhir 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Statistik itu mendapati sebanyak 326 kes dicatatkan pada Julai hingga Disember 2018 berbanding 271 kes dalam tempoh sama pada 2017 membabitkan peningkatan sebanyak 55 kes.

Dipetik dari Sinar Harian, kanak-kanak berusia antara 13 hingga 15 tahun telah menjadi mangsa paling ramai diikuti yang berusia enam hingga sembilan tahun.

Apa yang mengejutkan, kelompok kedua pedofilia itu terdiri daripada guru, jiran sekampung dan bapa saudara.

Malam tadi, tular sebuah kes pedofilia telah berlaku di sebuah kedai di Bandar Country Home, Rawang, Selangor.

Dalam video pendek yang tular di Twitter, seorang lelaki dilihat menghampiri dua kanak-kanak perempuan bawah 12 tahun.

Dikatakan, lelaki pedofilia ini bertindak menggeselkan bahagian bawah badannya kepada salah seorang kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu dilihat sedang melihat barang, tiba-tiba pencabul tersebut membuka zip seluar terlebih dahulu sebelum memeluk mangsa dari belakang.

Kanak-kanak ini tidak sedar akan tindakan lelaki itu pada mulanya. Tetapi, yang mengejutkan apabila lelaki tersebut kembali pada kanak-kanak tersebut buat kali kedua sebelum menghalang dan mencium kanak-kanak tersebut.

Malah, aksi pemuda ini disaksikan oleh kanak-kanak yang dipercayai adik mangsa (berbaju kelabu) yang terpinga-pinga cuba memikirkan apa yang telah terjadi.

Menurut sumber, video berkenaan beliau perolehi dari group WhatsApp taman kediamannya. Tambah beliau, individu yang berkongsi video terbabit berkerja di kedai serbaneka itu. Laporan polis telah pun dibuat.

Ya Allah, takutnya dengan manusia zaman sekarang. Jagalah anak-anak anda supaya mereka semua berada dalam keadaan selamat dan tidak menjadi mangsa lelaki durjana seperti ini.

 

Comments

comments