(VIDEO)Netizen Berang Pengasuh Taska Pukul Anak Dalam Jagaan

113


Menjaga kanak-kanak memang bukan sesuatu yang mudah namun ini tidak memberi lesen kepada pengasuh untuk memukul kanak-kanak yang diasuh sesuka hati. Namun begitu, masih ada pengasuh bertindak melampau memukul dan menarik telinga anak kecil hanya kerana lambat melakukan sesuatu yang disuruh oleh mereka.


Melalui satu rakaman video dalam kejadian yang didakwa berlaku di sebuah taska di Selangor, seorang pengasuh dilihat menampar kepala dan memiat telinga seorang kanak-kanak kerana lambat melakukan apa yang diperintahkannya.

Pengasuh itu dikatakan telah diberhentikan. Rakaman itu menimbulkan kemarahan Netizen yang merasakan hukuman yang diterima oleh pengasuh itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.


Sememangnya benar kata Netizen itu. Sekiranya anda tiada sifat kasih sayang janganlah bekerja mengasuh anak. Seharusnya anda belajar dalam kursus yang anda minati untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang bersesuaian. Anda diberi amanah menjaga anak orang lain jadi jalankanlah tanggungjawab dengan sebaiknya. –amazingnara.com

Sumber: OhMedia

Comments

comments