(VIDEO)Roti Buku Gardenia Habis Terjual Sebelum Sempat Disusun Di Rak

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, bekalan roti buku di kedai-kedai semakin cepat kehabisan. Walaupun syarikat roti seperti Gardenia telah mengeluarkan roti pada kadar maksimum, ia dikatakan begitu cepat kehabisan kerana dibeli secara pukal oleh orang ramai yang berebut-rebut ingin makan roti.

Reaksi warganet kepada perkembangan ini berbeza-beza, tetapi majoriti menyatakan mereka terkilan kerana ramai hanya mementingkan diri sendiri dan memborong roti untuk diri sendiri  tanpa meninggalkan kepada orang lain.

Satu video tular di media sosial menunjukkan orang ramai berebut-rebut membeli roti buku Gardenia di satu cawangan kedai serbaguna, sehinggakan ia tidak sempat disusun di rak kerana terlebih dahulu direbut pelanggan.

Advertisement

Seorang warganet mengatakan, roti buku besar kemungkinan cepat habis kerana ia mudah disimpan, tahan beberapa hari, dan versatil boleh dimakan dengan menyapu jem, mentega, mentega kacang, atau dilapis dengan tuna, sardin, telur, keju, salad dan tomato dan tidak perlu dimasak. Ia juga tetap sedap walau dicicah dengan teh ‘O’ atau kuah kari.

Namun ramai mengatakan sikap mementingkan diri seperti ini menyebabkan ramai tidak merasa untuk makan roti di saat Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

Ada yang mencadangkan untuk mengelakkan roti dari dibeli secara pukal oleh sebilangan orang sahaja, kedai sepatutnya mengambil inisiatif seperti Speedmart yang hanya membenarkan lima orang dalam kedai pada satu-satu masa dan roti buku Gardenia dicatu untuk belian hanya satu bungkus oleh setiap orang.

Ini mungkin satu cara yang bagus untuk memastikan ramai dapat menikmati keenakan roti buku di saat getir ini. – amazingnara.com

 

Comments

comments