(VIDEO)Serang Dan Ludah Pemandu Bas Rapid Penang, Lelaki Ini Didenda RM 1,000

253


Perasaan marah, jika sukar dikawal, kereta pun boleh terbalik. Namun memang tidak patut sama sekali menurutkan perasaan jika marah individu lain yang hanya ingin mengikut peraturan dan undang-undang.


Seorang lelaki dari Pulau Pinang, didenda RM 1,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown setelah didapati bersalah menyerang seorang pemandu bas Rapid Penang yang enggan membuka pintu ketika berhenti di sebuah lampu isyarat. Lelaki itu yang berkeras ingin menaiki bas, telah membuka pintu bas secara paksa dan kemudiannya menumbuk dan meludah pemandu bas tersebut.

Kejadian malam 14 Disember itu dirakamkan melalui telefon berkamera seorang penumpang dan videonya menjadi tular di media sosial. Pemandu bas mengunci pintu untuk mengelakkan Lee Chee Wee, 46, dari meepaskan diri. Dia memandu ke depot bas Rapid Penang di Weld Quay dan polis bantuan di syarikat itu kemudiannya membawa Lee ke balai polis Beach Street.

Lee yang dtidak diwakili peguam bagaimanapun meminta denda dikurangkan kerana hanya berpendapatan RM 1,600 sebulan dan menyara ibu bapa yang sudah tua.

“Denda sebanyak itu tidak cukup”

Tidak adil?

Lee dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa human denda sehingga setahun atau denda sehingga RM 2,000.- amazingnara.com

Sumber: The Star Online

 

Comments

comments