(VIDEO)Suami Berang, Nekad Belasah Skandal Isteri Yang Merupakan Seorang Doktor

46464

Satu video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dibelasah seorang lelaki lain menjadi bualan hangat Netizen sejak semalam.

Ini kerana lelaki yang dibelasah didakwa seorang doktor sebuah klinik yang menjalin hubungan dengan seorang jururawat yang didakwa isteri orang.

Ini ialah video tular tersebut.


Doktor itu yang juga didakwa telah berkahwin ‘diserang’ suami kekasih gelapnya yang sebelum ini berada di Dubai kerana bekerja.
video viral, dibelasah suami skandal, doktor, jururawat curang, suami orang, isteri orang, curang

video viral, dibelasah suami skandal, doktor, jururawat curang, suami orang, isteri orang, curang
Video itu menjadi topik perdebatan terutamanya apabila adik kepada jururawat tersebut memberi penerangan ‘sebenar mengenai apa yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter yang seterusnya mendedahkan mesej peribadi mereka.

“Suami kuat cemburu.”

video viral, dibelasah suami skandal, doktor, jururawat curang, suami orang, isteri orang, curang

“Sebab asyik kena tuduh, buat terus.”

video viral, dibelasah suami skandal, doktor, jururawat curang, suami orang, isteri orang, curang

“Kes dah lama selesai sebenarnya.”

video viral, dibelasah suami skandal, doktor, jururawat curang, suami orang, isteri orang, curangBagaimanapun, alasan yang diberikan itu mendapat kritikan Netizen yang menyifatkan ia hanya alasan jururawat tersebut untuk menutup kesalahannya yang sengaja curang pada suaminya.

Ramai beranggapan bahawa doktor itu patut diperlakukan sedemikian, bagaimanapun, ada yang menganggap ia perbuatan bodoh kerana rakaman tersebut ialah bukti ‘assault and battery‘ yang boleh didakwa di mahkamah.

Ada yang membidas perakam video yang tidak menghentikan perbuatan tersebut manakala suami jururawat tersebut dibidas kerana menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalahnya.

Ada juga yang mengatakan, yang paling rugi ialah jururawat tersebut kerana suaminya boleh disaman oleh doktor tersebut kerana menyerang dan perkahwinannya dengan suaminya sudah hampir pasti telah musnah.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan yang bakal dibuat doktor itu setelah diserang dan wajahnya dipaparkan di media sosial dan apa tindakan lelaki dari Dubai itu terhadap isterinya.- amazingnara.com

 

Comments

comments