(VIDEO)Wanita Bagai Dirasuk, Meludah Pada Beberapa Lelaki Yang Ingin Tunda Keretanya

14356

Kalau tak ingin kereta ditunda, jangan letakkan kereta merata-rata. Namun seorang wanita yang meletakkan keretanya secara semberono di tepi sebuah jalan raya di Sungai Buloh telah mengamuk dan menimbulkan kekecohan termasuk mengangkat dan membaling kon pada beberapa lelaki yang ingin menunda keretanya.

Dalam satu video yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, seorang wanita yang berang kerana enggan keretanya ditunda melompat-lompat, menjerit dan juga meludah ke arah lelaki yang ingin  menunda keretanya.

Walaupun kelakuannya di luar kawalan, lelaki berkenaan enggan menggunakan kekerasan untuk menghentikan perbuatan wanita itu. Pada satu tahap, wanita yang bertudung itu juga mengangkat satu kon dan membalingnya kepada lelaki tersebut.

Bagaimanapun, sikap lelaki itu yang enggan berkasar dengan wanita tersebut sememangnya terpuji. Di hujung video, wanita itu kelihatan bertenang.

Video tersebut menjadi perbincangan hangat di Twitter kerana sikap wanita itu yang disifatkan melampau hingga anda yang menganggap dia mengalami masalah kesihatan mental.

Ia kini menerima 4,800 ulang kicau. – amazingnara.com

Comments

comments