Vin Diesel Terima Hadiah Hari Jadi Dodge Charger Di Set Penggambaraan Fast & Furious 9

1484

Bersempena dengan hari jadinya yang ke 52 tahun, Vin Diesel telah menerima satu hadiah yang cukup sinonim dengan wataknya di dalam filem Fast & Furious. Hadiah yang disampaikan oleh pengarah Justin Lin di set penggambaraan Fast & Furious 9 itu telah dihadiahkan oleh Speed Kore.

Dodge Charger keluaran tahun 1970 dengan 9.0 liter enjin dan 1,650 horsepower. Cuba bayangkan macam mana bunyi enjin ni agaknya ya? Memang sesuai lah dengan watak yang dibawa Vin Diesel dalam filem ikonik Fast & Furious ini.

 

View this post on Instagram

 

Thank all for the birthday wishes…. Hope to make you proud. All love, Always. #Fast92020

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

Kejutan hari jadi yang dilakukan ketika di set penggambaraan ini membuatkan Vin berasa sangat terharu kerana tidak sangka diberikan hadiah tersebut.

Saksikan video kejutan yang dilakukan oleh kru produksi Fast & Furious 9.

Untuk anda yang berminat untuk mengetahui lebih maklumat mengenai Dodge Charger keluaran 1970 ini, boleh tonton video ini dimana Jay Leno menerangkan tentang spesifikasi kereta tersebut.

Sumber: Hypebeast

Comments

comments