Viral “Gajah Goreng Kunyit”, Netizen Kongsi Kelebihan Serbuk Kunyit Adabi

227

Penggunaan serbuk kunyit yang kami ketahui selama ini adalah hanya untuk kegunaan ketika memasak. Namun satu perkongsian dari Adabi yang telah menjadi viral menunjukkan bahawa serbuk kunyit juga boleh digunakan sebagai bahan perubatan untuk haiwan. Serbuk kunyit Adabi sebanyak 7 kilogram telah dilumurkan ke badan seekor gajah dan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit tersebut akan meresap masuk ke dalam kulitnya.

adabi gajah

adabi gajah

Antara kebaikan-kebaikan yang bakal diperolehi oleh gajah tersebut selepas dilumurkan dengan serbuk kunyit Adabi ialah:-

(i)Merawat luka kecil
(ii)Merawat gigitan serangga
(iii)Bertindak sebagai anti septic pada kulit
(iv)Sebagai agen pemulih kulit

adabi gajah

Agak geli hati juga melihat keadaan gajah tersebut yang bertukar menjadi warna kuning selepas disapukan dengan serbuk kunyit tersebut. Rupa-rupanya praktis ini telah lama digunakan di setiap zoo kerana keberkesanannya.

adabi gajah

adabi gajah

Apa yang lebih menarik, ada perkongsian daripada para netizen yang turut memaklumkan yang mereka telah menggunakan serbuk kunyit Adabi untuk mengubati beberapa penyakit yang dihidapi. Antaranya seperti kudis buta, kurap pada kucing peliharaan dan juga untuk mengubati selsema.
adabi gajah
adabi gajah

Jadi selepas ini anda juga boleh menggunakan serbuk kunyit untuk mencuba petua-petua yang telah dikongsikan oleh netizen. Kredit Facebook Adabi Malaysia.

Comments

comments