Viral Kisah Warga Emas Diabai Anak, Ini Respon Rumah Jagaan

Baru-baru ini, viral di media sosial kisah seorang warga emas yang mendakwa dirinya diabaikan 9 anak kandung. Dakwa warga emas ini, dia mempunyai anak yang tinggal di Shah Alam namun menantu menolak untuk menjaganya di atas alasan susah mahu berjalan.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab anak-anak. Walau bagaimanapun, muncul pula respon balas seorang individu yang mengaku sebagai salah seorang menantunya.

Dakwanya, si ibu yang terlebih dahulu membuang anak-anak dari hidup sejak kecil. Malah, suaminya yang miskin didakwa selalu menjadi mangsa hinaan ibu sendiri.

Seolah-olah kesal dengan respon balas dari pihak menantu, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas menerusi hantaran di Facebook berkata mereka sedia mengambil tanggungjawab menjaga si ibu jika tiada siapa yang mampu menjaganya.

Advertisement

Malah, rumah jagaan turut sempat menasihati anak-anak supaya tidak menceritakan kisah silam ibu bapa di media sosial. Seburuk-buruk mana pun ibu bapa, tanpa mereka anak-anak tidak mengenal dunia.

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas memohon maaf dan mendoakan yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat. Kepada orang ramai, pihaknya berterima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Comments

comments