(Resipi) Aiskrim ‘Malaysia’ Ala Magnum Yang Mudah

sumber : Magnum Malaysia dan Limau Nipis

Kalau sebut pasal aiskrim ‘Malaysia’ mesti ramai yang tahu cara membuatnya. Letak saja apa-apa bancuhan minuman dalam plastik dan sejukkan, pasti menjadi hidangan yang menyelerakan. Ditambah lagi dalam bulan Ramadhan ini, ianya sesuatu yang menyegarkan apabila dapat menikmati aiskrim yang lazat ketika berbuka puasa.

Kali ini kami kongsikan resipi aiskrim yang lebih gempak daripada aiskrim ‘Malaysia’ yang lain.

Ianya bukan sebarang aiskrim ‘Malaysia’ tetapi aiskrim ala Magnum.

sumber : by maksu pastries

Aiskrim Magnum digemari kerana kombinasi lapisan luar coklat yang pekat dan vanila berkrim di dalamnya. Kini anda boleh membuat aiskrim ini sendiri dan menikmatinya bila-bila masa di rumah tanpa perlu berbelanja lebih.

Resipi Aiskrim Malaysia Ala Magnum

Bahan-bahan yang diperlukan :

Advertisement

  • 2 cawan whipping krim. (boleh juga gunakan susu penuh krim)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil Ovallete
  • sedikit esen vanila
  • 350gm coklat masakan & dark chocolate (tak kisah jenama apa)

Cara-caranya :

1. GAULKAN BAHAN AISKRIM VANILA

Mula-mula campurkan kesemua bahan (kecuali coklat), dan putar menggunakan mixer @ blender sehingga adunan gebu dan mengembang 2 kali ganda.

2. DOUBLE BOIL COKLAT

Double boil coklat hingga cair.  Kemudian tunggu coklat sedikit suam.

sumber : Deeda Coklat

3. RATAKAN COKLAT DALAM PLASTIK AISKRIM

Seterusnya masukkan coklat yang telah didouble boil tadi ke dalam piping bag. Kemudian tekan ke dalam plastik aiskrim dan ratakan. Agak-agak tak nipis dan tak tebal sangat.

Jangan tunggu coklat mengeras kerana jika keras ia tidak akan bersalut dengan aiskrim.

4. TUANG ADUNAN AISKRIM VANILA

Tuang adunan ke tengah-tengah plastik aiskrim di antara lapisan coklat tadi.

Coklat pekat ini apabila diratakan ia akan melekat pada keliling plastik itu, jadi secara automatik bahagian tengah akan kosong dan boleh dituang adunan aiskrim vanila.

5. SEJUKKAN

Akhir sekali sejukkan dalam peti ais selama 5-6 jam. Siap untuk dinikmati.

Sangat sedap dan pasti membuatkan anda terliur. Bolehlah cuba untuk hidangan berbuka puasa esok.

sumber : Siti Zubaidah Mohd Ruslan

Comments