Viral Satay Cicah Sos Coklat Pula, Kreatif Atau Merepek?

2985

Selepas obsesi dengan apa sahaja makanan yang mengandungi keju, kini viral pula satu lagi makanan kegemaran Malaysia iaitu satay dengan ‘pembaharuan’ terbaru.

Menerusi laman sosial Twitter, video satay yang dimakan dengan sos coklat mendapat kritikan daripada netizen.

Ramai yang rasa ‘terhina’ apabila makanan tradisini ini diinovasikan menjadi hidangan yang agak merepek dan pelik. Hilang sudah identiti makanan Melayu.

Inovasi satay cicah sos coklat

Terlampau ‘hipster’, hilang tradisi makanan Melayu

Kami tidak dapat bayangkan macam mana rasa satay coklat ini. Betul apa yang dikatakan oleh netizen, tidak perlu untuk mencipta sesuatu yang akhirnya akan merosakkan identiti serta tradisi makanan Melayu.  Tidak mustahil generasi akan datang tidak akan tahu rasa sebenar makanan tersebut. Apa pendapat anda pula?

Sumber Berita : Twitter

 

Comments

comments