Viral Tiga Cendol Durian Musang King RM 114, Ini Respon Pemilik Kedai

163

Sejak beberapa hari lalu, seorang pengguna menyatakan rasa tidak puas hati dan viralkan gambar tiga mangkuk cendol durian yang didakwa mahal kerana harganya mencecah RM 114.

Terbaru, pemilik kedai  Raja Cendol Taming Sari Melaka, Muhammad Ariff Qayyum menjelaskan harga itu sangat berpatutan kerana menggunakan isi durian jenis Musang King yang terkenal dengan kualiti tinggi dan rasa yang sedap.

Menu cendol Musang King itu dijual mengikut berat isi durian antara 120 gram sehingga 150 gram setiap hidangan.  Pihaknya juga ada menampal tanda harga di dalam dan luar kedai bagi memudahkan pelanggan mengetahui kadar harga bagi setiap menu.

Kepada pelanggan yang sudah biasa dengan harga durian, mereka tidak akan pertikaikan lagi harga yang sudah ditetapkan. Sejak dibuka kira-kira 19 bulan lalu harga yang dikenakan masih sama antara RM17 hingga RM38 bagi cendol mengikut gred durian tertentu. Malah, di dalam dan luar kedai juga sudah ditampal tanda harga untuk memudahkan pelanggan mengetahui kadar harga cendol durian.

Bagaimanapun, pemilik kedai itu menganggap insiden berkenaan sesuatu yang positif dan membantu mempromosikan lagi premisnya.

Pada kami, kalau sudah ada harga, perkara ini sepatutnya tidak harus dijadikan isu. Apa motif untuk tularkan?

Sumber Berita : BH ONLINE

Tinggalkan komen anda