Virus Selesema Baru Dikesan Di China Berpotensi Menjadi Pandemik

virus selsema

Belum lagi habis dengan pandemik COVID-19, sejenis selesema baru yang berpotensi menjadi pandemik telah dikenalpasti di China oleh para saintis. Menurut saintis, virus ini baru sahaja muncul di Beijing dan dibawa oleh babi tetapi masih boleh menjangkiti manusia.

Pada masa ini, para penyelidik bimbang bahawa ia dapat bermutasi lebih jauh sehingga dapat menyebar dengan mudah dari manusia ke manusia dan mencetuskan wabak global. Walaupun ini bukan masalah lebih besar dari COVID-19 buat masa ini, ia memiliki semua ciri yang sangat disesuaikan untuk menjangkiti manusia dan memerlukan pemantauan yang ketat.

Sebanyak dua individu yang dilapor dijangkiti virus tersebut baru-baru ini.

Menurut Jurnal Prosiding Akademi Sains Nasional (PNAS), virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengawal virus pada babi, dan pemantauan ketat pekerja industri babi, harus segera dilaksanakan.

kandang babi

Advertisement

Memandangkan ianya adalah virus baru, orang ramai mungkin mempunyai hanya sedikit kekebalan atau tiada kekebalan langsung terhadap virus ini. Pakar berpendapat virus selesema adalah antara ancaman penyakit paling bahaya yang diperhatikan oleh mereka.

Selesema pandemik terakhir yang berlaku di dunia adalah wabak selesema babi pada tahun 2009. Namun ianya kurang mematikan daripada yang ditakutkan pada awalnya, terutamanya kerana ramai orang tua mempunyai kekebalan terhadapnya. Ini juga mungkin kerana persamaannya dengan virus selesema lain yang telah pulih pada tahun sebelumnya.

Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit yang dijangkiti mempunyai jiran yang memelihara babi.

Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia dan menyebabkan jangkitan teruk serta kemungkinan membawa maut. Seramai 35 daripada 338 pekerja di ladang babi tersebut disahkan mempunyai antibodi untuk virus tersebut.

Walaupun tak dapat dipastikan tahap bahaya virus ini, para penyelidik memberikan amaran virus ini perlu diberi perhatian. Jangkitan seperti ini mampu meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia. Serta menimbulkan kebimbangan terhadap pandemik yang baru.

Sumber

Comments

comments