Wajib Jalani Ujian Saringan Covid-19 Jika Nak Ke Langkawi

SOP Langkawi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan media hari ini berkata pelancong yang berhasrat untuk ke Pulau Langkawi bermula 16 September wajib menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan.

Jelasnya lagi, usaha ini dibuat untuk mengelakkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu. Atas sebab itu juga, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong telah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Untuk ujian saringan Covid-19, pelancong boleh memilih di antara tiga cara berikut;

Advertisement

SOP Langkawi

Tambahnya, ujian pengesanan ini akan dilakukan ke atas individu dewasa berusia 18 tahun ke atas, serta remaja dan kanak-kanak berusia 7 ke 17 tahun.

Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah pula, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka mengeluarkan saliva.

Ujian pengesanan Covid-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terlibat akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.

Bagi individu yang negatif Covid-19, mereka boleh meneruskan perjalanan. Manakala bagi individu positif, mereka tidak dibenarkan berlepas dan akan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan kes positif dan kontak rapat yang sedia ada.

Khairy Jamaluddin turut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri dengan mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dan sebagainya.

Tegasnya lagi, usaha membawa negara keluar daripada wabak tidak bergantung kepada kerajaan sahaja. Orang ramai hendaklah memberi kerjasama baik dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

Beliau berharap orang ramai tidak mengambil mudah kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTwitter Khairy Jamaluddin

Comments