Walau Menghidap Paru-Paru Berair, ‘Pak Jenal Kipas’ Tetap Gigih Cari Rezeki Di Usia Emas

Biarpun usia sudah mencapai tahap warga emas, lelaki yang dikenali sebagai Pak Jenal Kipas ini masih gigih mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Sepertinya, penyakit paru-paru berair yang dihidapinya  tidak menghalang Pak Jenal atau Zainal Abidin Ali, 71, mengusahakan perniagaan membaiki serta menjual kipas terpakai di di Blok Q, Sawah Sempadan, di sini sejak tiga tahun lalu. Sungguh bersemangat!

Bercerita lanjut mengenai perkerjaannya kini, dia mula menceburi ilmu dan teknik membaiki kipas daripada seorang rakan karibnya di Sungai Sireh pada 2018.

“Disebabkan minat membaiki kipas yang mendalam, saya berhenti sebagai pemotong sawit dan fokus kepada bidang itu”

Ujar wargaemas ini, kebiasaannya dia akan pergi ke kedai besi buruk di Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Kapar dengan menunggang motosikal bagi mencari kipas rosak dan terpakai.

SUMBER : MPKK KAMPUNG EQSW

Advertisement

Zainal Abidin berkata, proses membaiki memakan masa kira-kira tiga jam dan adakalanya sehingga tiga hari bergantung kepada jenis kerosakan.

“Untuk harga pula, setiap kipas yang dijual mengikut saiz dan ia bermula antara harga RM30 hingga RM70. Namun, ia terpulang kepada pembeli untuk membayar dengan seikhlas hati,”¬†

Menyingkap kisah penyakitnya, Pak Jenal memaklumkan bahawa doktor telah mengesahkannya menghidap penyakit paru-paru berair pada 2019 lagi.

“Penyakit paru-paru berair ini ujian dari Allah SWT. Saya kena kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan”

Lebih sebak, bapa kepada empat orang anak ini juga perlu menanggung isteri Sa’diah Mohd Yatim, 53 yang menghidap kencing manis dan kolesterol tinggi.

SUMBER : MPKK KAMPUNG EQSW

Kata Zainal Abidin, sehingga kini dia sudah membaiki dan menjual lebih 100 kipas terpakai selain boleh membaiki barangan elektrik seperti mesin basuh, seterika, cerek air dan periuk nasi.

“Alhamdulillah, dengan rezeki baiki kipas dan barangan elektrik lain, ia mampu menampung kehidupan kami berdua seharian”

SUMBER :  MPKK KAMPUNG EQSW

“Saban hari, saya berdoa kepada Allah SWT supaya terus diberikan kekuatan dan tenaga untuk terus mencari rezeki,” katanya.

Orang ramai yang ingin membeli kipas terpakai dan menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Zainal Abidin di talian 013-4661976. Sama-samalah kita hulurkan tangan, ringankan beban.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEMetro