Wanita Bengang Rumah Ibu Ayahnya Dirempuh Pemandu Mabuk

Masalah pemandu mabuk sehingga membahayakan nyawa orang lain masih berlaku dan takkan pernah habis! Terbaru, seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu gambar menunjukkan sebuah kereta telah merempuh masuk ke ruang tamu rumah mereka pada jam 4 pagi.

Perkongsian JamaliahMimhat itu menunjukkan rumah ibu dan bapanya yang telah dirempuh dan mendakwa pemandu dalam keadaan mabuk.

 

Advertisement

Jika dilihat dari gambar memang laju pemandu ni bawa kereta sebab dapat hasilkan rempuhan yang kuat sehingga menyebabkan dinding rumah runtuh. Nasiblah tak berlaku kecederaan dekat orang yang ada dalam rumah tu.

Dalam pada itu, ada pengguna Twiiter lain yang mengingatkan supaya menyimpan segala resit untuk urusan claim nanti.

Sumber

Comments

comments