Wanita Cetuskan Pergaduhan Setelah Tampar Seorang Pemuda Dalam Video Amarah Jalan Raya

20556

Satu kes pergaduhan di jalan raya menjadi tular di Twitter malam semalam setelah rakaman pergaduhan itu tersebar.

Ia bermula apabil seorang pengguna Twitter yang melihat sendiri pergaduhan itu telah merakamkannya dari keretanya.


Warganet telah mengenal pasti lelaki berbaju putih dalam video tersebut ialah lelaki yang sama tular beberapa minggu lepas kerana membelasah seorang doktor yang didakwa menjalinkan hubungan percintaan sulit dengan isterinya.


Lelaki yang merakamkan video lelaki memijak doktor itu ialah bapa tirinya, dan bapa tirinya yang menggunakan nama Muslim Shah di Facebook telah memuat naik penerangan mengenai video itu di Facebook miliknya.

Namun versi ceritanya dibidas oleh pengguna Twitter kerana menerusi video, wanita yang merupakan isterinya dan juga ibu kepada lelaki berbaju putih itu yang didapati terlebih dahulu menampar lelaki berbaju hitam tersebut yang membalas dengan menendang wanita itu di bahagian perut.

Mangsa dalam video bagaimanapun telah menerangkan perkara sebenar yang berlaku.

Beberapa orang lelaki telah menyambung belasah mangsa sebagai hasilnya sementara wanita itu melarikan diri. Kereta-kereta lain telah membunyikan hon kerana kejadian itu menghalang kelancaran trafik.

Seterusnya, beberapa jam kemudian mangsa telah memuat naik gambar-gambar pertemuannya dengan Muslim Shah dan isteri, mendakwa mereka telah memohon maaf dan berdamai.

anna shah, muslim shah, pergaduhan jalan raya, video tular, bergaduh lagi, road rage, cetuskan pergaduhan,

anna shah, muslim shah, pergaduhan jalan raya, video tular, bergaduh lagi, road rage, cetuskan pergaduhan,

Ahli keluarga Muslim Shah sebelumnya dikatakan menghadiri satu majlis perkahwinan.

Setelah menerima kecaman pengguna Facebook, Muslim Shah telah meletakkan akaun Facebooknya dalam mod privasi.

Pihak Polis Diraja Malaysia masih belum memberi kenyataan berhubung kejadian ini. – amazingnara.com

Comments

comments