Wanita Dakwa Laksa Johor Mempunyai ‘Standard’ Lebih Tinggi Undang Kecaman Warga Maya

Laksa Johor

Baru-baru ini kecoh di media sosial Facebook tentang isu kuah laksa Johor di mana ianya bermula apabila seorang pengguna Facebook berkongsi cara-cara memasak laksa Johor menggunakan ikan sardin.

Rata-rata warga maya telah meninggalkan komen positif sehinggalah terdapat sebuah komen yang menjadi perhatian ramai di negara ini.

Komen yang berbaur negatif itu membuatkan warga maya kurang senang di mana wanita itu mengatakan laksa Johor perlu menggunakan ikan parang atau ikan tenggiri dan bukannya ikan kembung atau selayang kerana setaraf dengan standard orang Utara dan Pantai Timur.

Warga maya turut membidas dan meninggalkan komen dalam membandingkan laksa Johor dengan laksa negeri lain. Ada juga warga Johor yang kurang senang dengan komen wanita tersebut.

Advertisement

komen dari warga maya

SUMBER

SUMBERThe Vocket

Comments