Wanita Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Mendera Kanak-Kanak 10 Tahun

Noor Asidah Md Nor dihadapkan ke Mahkamah Kuala Pilah atas pertuduhan mendera kanak-kanak berusia 10 tahun minggu lalu.

Seorang wanita 35 tahun mengaku bersalah atas tuduhan memukul anak adik iparnya di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah. Kejadian itu berlaku di rumah FELDA Raja Alias 4, Jempol pada 4 Jun lalu.

Tertuduh iaitu Noor Asidah membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Dia yang juga penjaga kepada kanak-kanak yang berusia 10 tahun memukul kanak-kanak malang itu menggunakan rotan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di seluruh bahagian anggota badan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 200, kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Advertisement

Noor Asidah boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah Seksyen

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian diarahkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Hakim menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Christhoper Enteri Anak Mawan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook memaklumkan, nasib malang yang menimpa kanak-kanak berkenaan terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam kira-kira 9.45 pagi, terdapat seorang kanak-kanak dipukul di FELDA berkenaan.

SUMBER

 

SUMBERBerita Harian

Comments