Wanita Dipercayai Mabuk, Pandu Lawan Arus Sebelum Langgar Motosikal Hingga Terbabas

Mabuk langgar motorsikal

Kebelakangan ini, isu pemandu mabuk sering kali menjadi topik utama yang terpapar di dada-dada akhbar. Bukan itu sahaja, kesan yang dibawa pemandu mabuk ini turut mengundang kecaman para netizen yang mahukan keadilan.

Terkini, wanita yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dilaporkan telah melanggar sebuah motosikal di Lebuhraya Persekutuan.

Dalam kejadian pada 8 malam itu, wanita berusia 21 tahun terbabit memandu Perodua Axia dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.

Ujar Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, sebaik tiba di kawasan berhampiran pintu gerbang Kota Darul Ehsan, wanita berkenaan didapati tersalah masuk ke lorong motosikal.

Mabuk langgar motosikal

Advertisement

“Wanita berkenaan memandu melawan arus dan menghala semula ke Kuala Lumpur di lorong motosikal berkenaan”

Lebih malang apabila pemandu terbabit gagal mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah Kuala Lumpur sebelum melanggarnya.

Zulkefly berkata, penunggang motosikal yang berusia 42 tahun mengalami cedera di kaki, manakala pemandu wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Susulan kejadian itu, wanita terbabit ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk diambil spesimen darah dan air kencing untuk ujian toksikologi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 79(2) dan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Macam-macam hal ya, semoga kes ini dapat diadili sebaiknya. Aamiin..

SUMBER

Comments

comments

SOURCEMetro