Wanita Hampir Ditipu ‘Scammer’ Melalui Pembayaran COD

taktik baru scammer

Pembelian secara talian memang sudah tidak asing lagi pada ketika ini kerana majoriti pelanggan lebih memilih untuk membuat pembelian secara online.

Namun, perlu diingat pada waktu seperti ini golongan scammer akan mengambil kesempatan untuk menipu dan membuat jualan palsu terhadap pelanggan.

Macam yang berlaku kepada wanita ini, dia berkongsi kisahnya di Facebook dimana dia mendedahkan salah satu taktik scammer untuk menipu pelanggan.

Advertisement

Menurutnya, suaminya ada memaklumkannya akan ada barang sampai dan memintanya untuk menyiapkan RM 279 memandangkan ‘pembayaran’ dibuat secara cash on delivery atau COD.

Pembelian barang melalui Facebook

Menurutnya, suaminya ada membeli seutas jam tangan di Facebook namun dia berasa pelik kerana suaminya jarang untuk membeli barang online.

“Ibu pelik, baba ni orangnya bukan pembeli tegar online macam ibu”

Suaminya ada berpesan supaya untuk membuka parcel itu terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

Ketika kurier sudah sampai, wanita berkenaan membuat permintaan untuk membuka parcel terlebih dahulu seperti yang dikatakan oleh suaminya.

Namun, pihak kurier menjelaskan yang parcel itu tidak boleh dibuka memandangkan itu ialah prosedur yang perlu diikut.

taktik scammer tipu pelanggan

Kotak ringan, pelanggan ditipu?

Pihak kurier ada mencadangkan kepada wanita ini untuk menghantar gambar parcel tersebut kepada suaminya untuk mengesahkan barang tersebut kerana didapati parcel yang dihantar ringan saja seperti tiada isi didalamnya.

“Husband akak beli apa ni? Kotak ringan sangat tak macam ada barang”

Menurut pihak kurier, barang-barang daripada crossborder ini biasanya daripada scammer dan sudah ramai pelanggan yang terkena situasi seperti ini.

taktik scammer tipu pelanggan

Demi memastikan barangan tersebut, wanita berkenaan menggoncang dan dia terkejut parcel itu dalam keadaan ringan seperti tiada apa-apa. 

Oleh itu, dia membuat keputusan untuk tidak menerima bungkusan itu kerana risau ianya daripada scammer.

Dalam pada itu, pihak kurier juga turut memaklumkan yang pelanggan boleh menolak barangan yang diterima dengan menghantar mesej sebagai pemakluman untuk pembatalan.

Risiko terhadap golongan berumur jika berhadapan situasi seperti ini

Dalam situasi seperti ini, ianya juga perlu mendapat pendedahan kepada golongan yang lebih tua kerana mereka kurang mahir mengenai hal seperti ini.

Mereka boleh merujuk kepada ahli keluarga lain untuk mengendalikan situasi seperti ini supaya dapat elak daripada menjadi mangsa scammer.

Wanita berkenaan berpesan supaya untuk sentiasa ambil langkah berjaga-jaga kerana pada musim pandemik ini ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERFacebook

Comments