Wanita Hilang 76 Kilogram Berat Setelah Anak Dibuli “Emak Gemuk” Di Sekolah

Seorang ibu kepada tiga orang anak telah kehilangan separuh berat badan setelah anak perempuannya diejek oleh pembuli di taman permainan kerana mempunyai ’emak gemuk’.


 photo article-2551398-1B2FE47100000578-299_638x463.jpg

Emma Dune, 32, sudah mencapai berat 156 kg apabila anak perempuannya yang berusia 10 tahun memberitahunya yang kanak-kanak lain di sekolah mengejek saiz badannya. Emma yang tinggal di Gorey, Co Wexford, Ireland memberitahu:-

Dia pulang ke rumah dan mengatakan, “emak, semua orang di sekolah kata emak gemuk”.


 photo article-2551398-1B2FE34700000578-555_308x425.jpg
 photo article-2551398-1B2FE39700000578-607_308x425.jpg

Saya benar-benar rasa kecewa dan rasa saya telah mengecewakan anak saya. Saya mahu jadi emak yang boleh dia banggakan, bukan seorang yang asyik menyorokkan diri.

Emma bekerja sebagai seorang pelayan restoran yang sibuk dan merupakan ibu tunggal kepada Stephanie, 10, Siobhan, 7, dan Seamus, 6. Badan Emma sangat besar sehingga anaknya tidak dapat memeluk tubuhnya dengan sepenuhnya. Emma juga sering mempunyai masalah mencari saiz pakaian yang sesuai bila membeli belah.

Advertisement

Sejak itu saya membuat keputusan nekad untuk menurunkan berat badan.

Dan mulai saat itu Emma mengamalkan diet sihat dan mula berlari. Kalau dulu dia asyik makan Shepherd’s Pie, makanan bungkus, keju, coklat, dan kerepek, dia mula makan kekacang seperti badam, susu badam, bubur, serta melebihkan sayuran-sayuran dan dada ayam panggang.


 photo article-2551398-1B2FE43800000578-32_640x700.jpg
 photo article-2551398-1B2FE44000000578-262_308x669.jpg
 photo article-2551398-1B2FE44400000578-561_310x667.jpg

Untuk motivasi agar tidak putus asa, Emma akan mengenakan seluar jeans pada saiz asalnya yang semakin besar. Semakin longgar jeans itu, Emma akan tahu yang badannya semakin mengecil. Dia juga membuat ‘ujian peluk’, di mana anaknya akan memeluknya semakin banyak bahagian tubuhnya yang dapat dipeluk, bermakna badannya juga semakin mengecil.


 photo article-2551398-1B2FE4D600000578-856_310x631.jpg
 photo article-2551398-1B2FE4E200000578-402_308x633.jpg
Kini, berat badan Emma hanya 76 kg dan anaknya sudah dapat memeluk badan Emma dengan sepenuhnya. Emma juga sering menyertai pertandingan Marathon dan kelihatan cantik.

Kini saya rasa lebih yakin dengan diri sendiri dan saya akan pastikan saya tidak akan gemuk semula.

Anda bagaimana?

Laporan asal: Dailymail UK

Comments

comments