Wanita Ini Kongsi Pengalaman Unik Menginap Di Hotel Persis 5 Bintang Dengan Harga Yang Cukup Berbaloi

CitizenM hotel

Setiap kali bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga, pastinya ramai yang mencari hotel yang sesuai dijadikan tempat penginapan mengikut keselesaan masing-masing. Bukan saja nak cari tempat yang selesa tetapi juga hotel yang sedap mata memandang dengan harga yang berpatutan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalamannya menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur sehingga perkongsiannya itu mendapat lebih 22,000 likes di laman Twitter. Nak tahu apa yang buatkan ramai teruja?

Banyak banyak hotel I pernah tidur, ada 3 hotel yang tilam and bantal dia tersangattttt best and empuk level masyaAllah speechless! One of them goes to…citizenM Hotel, Kuala Lumpur!

CitizenM Hotel

CitizenM Hotel

Advertisement

Selain daripada tilam dan bantal yang empuk daripada hotel lain, pengunjung juga akan terpukau dengan rekaan hiasan dalaman di hotel ini bermula pada saat anda melangkah masuk ke bahagian lobi. Menariknya lagi, hotel ini tidak mempunyai receptionist jadinya anda hanya perlu ‘self-check’ sendiri untuk mendaftar.

“Hotel ni takde reception. Kita akan self check in tapi dont worry sebab akan ada staff yang guide kita. Paling style sebab access card hotel ni boleh bawak balik.”

CitizenM Hotel

CitizenM Hotel

CitizenM Hotel

Ruang lain di dalam hotel

CitizenM Hotel

CitizenM Hotel

CitizenM Hotel

CitizenM Hotel

Tidak seperti hotel-hotel yang lain, hotel ini menggunakan iPad untuk mengawal semua fungsi di dalam bilik. Antaranya untuk mengawal suhu penghawa dingin, televisyen, naik atau turunkan blind dan lain-lain lagi. Memang cukup efisien dan memudahkan pengunjung!

CitizenM Hotel

CitizenM Hotel

CitizenM Hotel

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, ada yang memberitahu harga permulaan hotel ini adalah RM209 untuk semalam. Memandangkan ‘stay-cation’ dengan kawan-kawan sudah menjadi trend kini, ramai yang teruja untuk mencuba sendiri pengalaman menginap di hotel ini. Lokasinya juga cukup strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk anda bersiar-siar di dalam bandar.

Selain daripada CitizenM Hotel, sebelum ini KLoe Hotel milik Cheryl Samad juga menarik perhatian ramai dengan rekaan yang cukup ‘Instagrammable’ bagi pengunjung mengambil gambar. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Rekaan Kreatif Dan Unik KLoe Hotel Milik Cheryl Samad Menarik Perhatian Ramai

Sumber

Comments

comments