Wanita Ini Maut Selepas Matanya Tertusuk Penyedut Minuman Besi Sehingga Ke Bahagian Otak

2661

Setelah tularnya video seekor penyu yang tertusuk penyedut minuman plastik pada hidungnya satu ketika dulu, masyarakat seluruh dunia mula menekankan larangan penggunaan penyedut minuman plastik.

Banyak syarikat lain yang turut tampil dan berusaha dalam melaksanakan larangan ini. Sebagai contoh Starbucks akan menghentikan penggunaan penyedut minuman plastik sepenuhnya bermula tahun 2020.

Penggunaan penyedut minuman besi mula mendapat tempat dalam pasaran berikutan ramai yang mula menggunakannya. Tetapi malang menimpa seorang wanita di United Kingdom, ini, apabila mata kirinya tertusuk dengan penyedut minuman besi.

Penyedut minuman besi sepanjang 10 inci itu menembus mata kirinya sehingga ke bahagian otaknya telah menyebabkan kecederaan yang serius.

Elena Struthers-Gardner yang sedang membawa gelas berisi penyedut minuman besi itu dikatakan telah terjatuh dan mengakibatkan kemalangan itu.

Pasangannya yang menyedari insiden itu bergegas membawanya ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Pihak berkuasa London memaklumkan supaya orang ramai berhati-hati ketika menggunakannya dengan gelas berpenutup yang menyebabkan penyedut minuman besi kekal pada posisi yang sama.

Larangan penggunaan penyedut minuman plastik

Di Malaysia, larangan penggunaan penyedut minuman plastik mula dilakukan dan antaranya oleh McDonalds pada 1 Ogos tahun lalu dimana mereka tidak lagi menyediakannya kecuali diminta oleh pelanggan.

Daripada jumlah plastik yang dibuang hanya 9% dikitar semula, 12% berada di incinerators (alat pembakar sampah) dan 79% terbuang begitu saja di tempat pembuangan atau terbiar di laut dan darat. 

Mungkin ada yang menyangka ini bukan cara yang berkesan untuk mengurangkan plastik tapi ini adalah satu permulaan yang baik untuk mengurangkan plastik. Tambahan pula, dengan jangkaan menjelang tahun 2050 lebih banyak plastik di dalam laut berbanding ikan. 

Sekecil-kecil usaha ini boleh menyumbang kepada satu perubahan yang besar sekiranya dilakukan bersama-sama.

Sumber: Huffpost, Hootyowl

Comments

comments