Wanita Kongsi Trip 3 hari 2 Malam Ke Pulau Perhentian, Dengan Bajet RM160

725

Sebut sahaja Pulau Perhentian pasti anda semua terbayang keindahan pulau ini dengan lautan biru yang sangat menenangkan jiwa.

Tetapi untuk percutian ke pulau-pulau, kita memerlukan bajet yang agak besar sekurang-kurang RM500 dan keatas.

Menurut perkongsian dari Zyza Ismail, beliau dan kawan-kawannya bercuti ke Pulau Perhentian dengan bajet RM160 seorang untuk percutian 3 hari 2 malam. Mari ikuti perkongsian beliau ke Pulau Perhentian.

Bajet RM160 seorang

Hari pertama 

Hari pertama di Pulau Perhatian

1pm : Beliau dan kawan-kawanya sampai di jeti untuk menaiki boat ke Pulau Perhentian. Tiket boat pergi balik ke Pulau Perhentian RM45, dan harga standardnya adalah RM60 keatas.

2pm : Daftar masuk di D Rock Garden, Long beach. Jika anda nak walk in boleh dapat standard room, double single (RM100). Bilik Zyza kongsi, jadi seorang perlu bayar RM 30 sahaja.

Zyza juga memberitahu bahawa dia menempah hotel di Agoda. Jadinya sebelum check in di D Rock, anda semua perlu pastikan bahawa elektrik di hotel tersebut dibuka 24 jam.

Jika boleh sebelum check in itu sebaiknya tanya dahulu, kerana kadang-kadang ada yang beroperasi 12 jam sahaja. Jika tengah hari, panas tiada elektrik susah nak nak cas powerbank.

4pm : Aktiviti berenang, Zyza nak beri tips penjagaan muka banyak jerawat. Anda perlu merendam muka di dalam air laut supaya jerawat kecut.

8pm : Pertunjukan api, memang best sambil makan malam luangkan masa bersama kawan-kawan baik. Bila lagi nak jumpa, sebab lepas graduate masing-masing sibuk berkerja. Makan nasi goreng kampung dan teh ais RM20

Perbelanjaan satu hari RM95.

Hari kedua

Hiking Kincir angin
Hiking kincir angin

10 am : Start hiking sikit dekat kincir angin long beach (tengok view atas bukit so nampak lah laut yang sangat nice, dan hati jiwa raga semua tenang je )= RM 0

2pm : Naik boat makan Seafood dekat Kampung Nelayan (seafood murah dekat sini)= RM 10

Zyza makan bapak sotong celup tepung, besar sangat kalau dekat Johor mahu harga RM50 lebih. Dekat sini RM15 je (Tapi nak ke kampung nelayan kene naik boat ) Zyza panggil teksi (boat teksi) = RM15

6pm : Aktiviti berenang lagi sekali untuk rendam muka, balik Johor semua jerawat dah kecut. Tapi paling tak minat apabila ombak besar, sampai terminum air masin. Itu yang tak berapa best, masin sangat= RM 0

8pm : Makan-makan di tepi pantai, kalau nak jimat korang (bawa maggi, roti dan panadol (untuk yang mabuk atas boat nanti )= RM 15

Jumlah semua = RM 45

Hari Ketiga

selfie sebelum balik

10 am : Cek out hari terakhir, apalagi aktiviti berselfie untuk perpisahan Reunion kali ni.

12 pm : Sampai sahaja di jeti, kita makan di Jeti Besut. Makan nasi campur dan minum jus tembikai = RM 10

Jumlah keseluruhan : RM 160

Nasihat Zyza untuk korang yang nak travel, bawalah panadol lebih, lagi bagus bawa minyak panas sekali sebab lepas hiking di kincir angin tu dan berenang, kaki Zyza sedikit bengkak (mungkin dah lama tak jalan jalan jauh kan).
Trip tamat

Satu lagi sebelum terlupa, jangan lupa bawa wire extension, senang sikit nak cas telefon dan power bank jika bercuti beramai-ramai.

Last sekali, jangan lupa bawa pemanas air, senang nak masak maggi bila lapar. Tips untuk kaum Hawa, bawalah baju dan tudung yang tak payah digosok, ini untuk memudahkan anda semua.

Lagipun pihak chalet tak sediakn Iron. Kalau nak bawa sendiri, berat sikit beg nanti.

 

Trip bersama kawan

 

Dengan perkongsian hari ini, tahun depan bolehlah anda travel ke Pulau Perhentian dengan kawan-kawan.

Sumber: Facebook

Comments

comments