Wanita Lari, Enggan Kahwin Setelah Pengantin Lelaki Kantoi Tipu Bekerja Di Syarikat Minyak

9310

Satu siri gambar tersebar di Twitter menunjukkan seorang pengantin perempuan lari meninggalkan gereja semasa upacara perkahwinannya dengan seorang lelaki setelah mengetahui lelaki itu sebenarnya tidak bekerja di syarikat minyak dan gas seperti yang didakwa.

Ini seterusnya menimbulkan persoalan sama ada wanita itu berkahwin kerana cinta atau dia sebenarnya hanya mahukan ‘duit minyak’ lelaki tersebut.

Justeru, ada yang mengecam wanita itu seorang yang materialistik.

Namun begitu, ramai yang mempertahankan tindakan wanita itu yang dianggap perkara rasional untuk dilakukan.

@Kamz_Woshi menulis:

Apa, dia kena kahwin juga dengan lelaki penipu tu untuk buktikan pada orang dia tak lapar duit?

@_carryone menulis:

Mungkin dia hanya mahukan seorang yang jujur dan perkahwinan yang terbina dari kebenaran. Tapi, lantak koranglah…

@08Magidz menulis:

Bagaimana dengan prinsip? Dia tipu pasal pekerjaan, pasti ada perkara-perkara besar lain yang juga dia tipu. Untuk apa ambil risiko teruskan perkahwinan?

Perkahwinan ialah untuk seumur hidup dan sekiranya pehubungan yang terbina dimulai dengan penipuan, bagaimana ia hendak diteruskan? Pada pendapat penulis, wanita itu membuat keputusan yang tepat. Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Comments

comments