Wanita Nyaris Dirogol Lelaki Pakistan Menyamar Sebagai Pemandu Perkhidmatan E-Hailing

103

Seorang wanita nyaris dirogol lelaki Pakistan yang menyamar sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing dalam kejadian yang berlaku di Johor Bahru Isnin lalu.

Mangsa berusia 23 tahun itu tidak memeriksa nombor pendaftaran kenderaan dan jenis kereta yang ditempah melalui aplikasi e-hailing sebelum tersilap menaiki kenderaan Proton Gen 2 yang dipandu suspek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata mangsa mula menyedari ada yang tidak kena selepas suspek melalui jalan yang salah, berbeza sekali dengan destinasi yang sepatutnya.

Mangsa menempah kereta di Jalan Yahya Awal untuk menuju ke Larkin. Selepas menerima panggilan telefon daripada pemandu kereta yang ditempah menyatakan sudah sampai, mangsa terus memasuki kereta suspek yang berada di lokasi itu tanpa memeriksa nombor pendaftaran dan jenis kenderaan itu.

Suspek yang kemudian menyamar sebagai pemandu itu terus bergerak, namun disedari mangsa yang duduk di tempat duduk belakang bahawa jalan dilalui suspek tidak menuju ke Larkin. Mangsa mendapati suspek berpusing-pusing di kawasan yang sama dan bertindak menegur suspek kerana mengikut jalan yang salah, sebelum suspek memberhentikan kereta ketika tiba di tempat kejadian.

Mangsa mendakwa lelaki itu kemudiannya memasuki tempat duduk penumpang belakang sebelum menampar muka mangsa kerana cuba untuk melepaskan diri. Suspek kemudian dikatakan membuka separuh seluar mangsa dan mengeluarkan air mani, namun mangsa percaya tiada kemasukan kemaluan suspek ke dalam kemaluannya.

Difahamkan, suspek tersebut sudah diberkas pihak polis kira-kira jam 11 malam Selasa lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Comments

comments