Wanita Pergi Mengurut Bertukar Tragedi, Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Tukang Urut

Bila rasa sakit-sakit badan, mesti dah terbayang betapa sedapnya bila dapat mengurut kan? Begitu juga dengan seorang wanita ini yang pada mulanya ingin dapatkan urutan, tapi lain pula jadinya kerana menjadi mangsa seks kepada tukang urut lelaki di sebuah pusat refleksologi di Taman Muda, Ampang.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada hari Ahad lalu dimana mangsa datang ke sana ditemani teman lelakinya. Dia tidak dimaklumkan yang akan mengurut nanti adalah seorang lelaki sebelum mangsa tanggalkan baju dan meniarap untuk diurut.

Suspek kemudiannya datang dan mengurut dibahagian belakang mangsa. Selepas je sejam diurut, mangsa diarahkan untuk pusingkan badan. Mangsa masih tidak dapat mengenal pasti sama ada yang mengurut itu lelaki ketika itu disebabkan keadaan pada masa itu gelap.

Suspek terus mengambil kesempatan sebelum mangsa cuba menjerit. Walaubagaimanapun, suspek menutup mulut mangsa. Takut punya pasal, mangsa terus keluar dan pergi membuat laporan polis bersama teman lelakinya di Balai Polis Pandan Indah kerana bimbang dengan keselamatan diri.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, sepasukan polis terus bergegas dan memeriksa premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan didapati lesen perniagaannya tamat tempoh pada 2020 dan masih belum diperbaharui dan menahan suspek berusia 28 tahun.

Suspek direman bermula semalam hingga 19 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013.

Korang juga dinasihati supaya berhati-hati ketika pergi ke pusat refleksologi kerana takut terjadinya perkara sebegini. Lebih baik mencegah!

Sumber

Comments