Wanita Tanam Kunci Kereta Model Tesla Pada Lengannya

14445

Kita sering kali melihat semua orang menggunakan kunci untuk membuka dan mengunci kereta mereka.

Tetapi lain pula dengan seorang wanita dari Amerika ini yang mempunyai cara tersendiri selain menggunakan kunci fizikal.

Kini Amie Dansby tidak lagi akan kehilangan kunci kereta model Tesla dengan melakukan sedikit modifikasi terhadap anggota badan sendiri supaya memuatkan tag RFID yang bertindak sebagai kunci.

memuatnaik tag RFID pada lengan

Menurut Amie, ini bukanlah sesuatu yang asing untuk dirinya kerana sebelum ini beliau telah modifikasi sebuah cip RFID yang bertindak sebagai kunci rumah pada lengannya.

Namun, untuk mengintegrasikan cip tersebut dengan tag RFID Tesla ianya agak sukar kerana sistem keselamatan Tesla yang begitu ketat.

Jadi, apa yang Amie boleh buat adalah ‘membedah’ kunci asal Tesla dan cip asal kunci tersebut untuk diimplan masuk ke dalam lengannya.

kena bedah masuk dalam lengan

Menurut Amie, untuk mengasingkan cip dan antena daripada kad tersebut, beliau menggunakan sebuah bekas yang berisi acetone bagi mencairkan plastik kad.

Cip dan antena tersebut walaubagaimanapun tidak terjejas kerana diselaputi biopolimer.

Amie perlu mengasingkan cip dan antena daripada kad tersebut dahulu.

Setelah itu, Amie menuju ke studio modifikasi badan bagi menanam masuk cip yang dikeluarkan itu tadi ke dalam lengannya.

Menurut temubual yang dijalankan oleh The Verge, Amie boleh menghidupkan keretanya dalam jarak lengannya dengan konsol kereta 1 inci.

Tesla boleh dihidupkan dalam 1 inci daripada keretaAmie telah menghasilkan “Amie DD” diatas talian. Beliau adalah seorang jurutera perisian, programmer dan pakar teknologi yang ghairah.

Sumber: Fox News

Comments

comments