Wanita Tersesat, Kereta Pula Tersangkut Dalam Selut Kerana Terlalu Percayakan Waze

98

Gara-gara terlalu yakin dan mengikuti setiap navigasi aplikasi Waze untuk ke lokasi yang dituju, seorang wanita tersesat sehingga kereta miliknya tersangkut di dalam selut di sebuah ladang kelapa sawit terletak di Jenjarom.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Mohd Hafizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.36 pagi itu dan menghantar sepasukan anggota ke lokasi untuk mencari mangsa. Anggota bomba juga membantu mengeluarkan tayar kereta mangsa yang gagal bergerak dan terperangkap dalam lumpur tanah merah.

Difahamkan, wanita tersebut adalah seorang bidan dan kejadian tersebut berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke rumah pelanggannya di Saujana Putra.

Sistem GPS Waze memang tidak dinafikan, bukanlah seratus peratus tepat. Sakit hati juga bila aplikasi ini tunjuk jalan yang salah. Rasanya ramai di luar sana mempunyai pengalaman yang sama kan?

Sumber Berita  : Sinar Harian

Comments

comments