Wanita Tertidur Sepanjang Penerbangan Tersedar Dalam Gelap Dan Terkunci Berseorangan

8362

Seorang wanita cemas apabila menyedari dirinya ditinggalkan keseorangan dalam sebuah pesawat selepas terbangun dari tidur.

Kejadian berlaku pada 9 Jun lalu ketika wanita terbabit, Tiffani Adams menaiki penerbangan pulang dari Quebec ke Toranto selepas melawat rakannya.

Adams mendakwa, dia hanya tersedar ditinggalkan dalam keadaan gelap selepas pesawat mendarat selama beberapa jam menyebabkannya terus mengalami serangan panik akibat terlalu cemas.

Adams memberitahu dia mengalami serangan panik selepas ditinggalkan di dalam pesawat penerbangan Air Canada itu dalam keadaan gelap dan telefon bimbitnya tiada bateri.

Saya rasa saya hanya mendapat mimpi buruk, tetapi kenyataanya saya memang berada di dalam kapal terbang yang gelap berseorangan.

Saya tertidur sepanjang penerbangan dan terbangun dalam gelap dan masih memakai tali pinggang keselamatan.

Adams memberitahu ketika kejadian beliau tidak dapat membuat sebarang panggilan kecemasan kerana ketiadaan sumber tenaga pada telefon bimbitnya.

Saya sedaya upaya mengawal nafas semasa mengalami serangan panik. Saya berjalan dalam kapal yang gelap dan menemui walky talky di dalam cockpit tetapi ia tidak berfungsi untuk meminta pertolongan kerana sumber elektrik tiada.

Semasa berada dalam serangan panik, beliau berjaya menemui lampu di dalam cockpit dan sedaya upaya memberi isyarat keluar daripada tingkap dan berharap sangat agar terdapat orang yang melihat saya.

Adams berkata, beliau berjaya menemui cahaya lampu dan cuba membuka pintu untuk keluar.

Adams paling kanak bersama anak-anaknya.

Saya cuba turun ke landasan tetapi ianya agak susah kerana sangat tinggi untuk turun dan lompat dari atas.

Saya melakukan pencarian di dalam kapal tersebut untuk mencari tali dan menemui tali pinggang anak kapal berdekatan dengan pintu, tetapi tali tidak panjang dan ianya tidak membolehkan saya untuk lompat ke bawah.

Cubaan saya untuk turun kali ini juga tidak berjaya, jadi saya hanya duduk di pintu tersebut menjulurkan kaki sambil menyuluhkan lampu dari arah itu bertujuan agar sesiapa boleh melihat kehadiran saya pada waktu malam.

Saya tidak pasti jam sudah pukul berapa ketika itu kerana telefon saya sudah kehabisan bateri dan tidak memakai jam tangan.

Saya cuba memberi isyarat kepada pemandu kenderaan membawa bagasi. Lelaki itu terkejut dan tertanya-tanya bagaimana saya boleh ditinggalkan dalam kapal terbang tersebut.

Saya juga tertanya-tanya bagaimana saya boleh ditinggalkan kerana tempat duduk saya dekat dengan anak kapal, takkan mereka tidak perasan saya yang masih duduk di tempat duduk?

Setelah itu, lelaki tersebut meletakkan tangga agar saya boleh turun  ke bawah dan selamat untuk turun. Syarikat Air Canada kemudian membawa saya menaiki kereta ke Pearson dimana saya bertemu dengan pekerjanya di sana.

Air Canada telah membuat panggilan padanya sebanyak tiga kali untuk mengetahui kejadian ini dan memohon maaf atas kesulitan yang telah berlaku.

Tetapi bagi Adams kes ini telah meninggalkan satu kesan yang buruk terhadap dirinya sehingga hari ini.

Mereka memberitahu akan menjalankan siasatan untuk kes ini agar tiada lagi orang yang terkurung dalam kapal terbang pada waktu malam.

Saya tidak mendapat cukup tidur sejak kes ini terjadi kepada saya. Tiap kali bangun dari tidur saya akan berada dalam ketakutan.

Saya sangat takut akan terkunci di tempat gelap lagi.

Comments

comments