Wanna One Dimanakah Mereka Sekarang Selepas Dibubarkan?

60

wanna

Kumpulan Kpop yang dihasilkan dari rancangan ala-ala Akedemi Fantasia iaitu Produce 101. Mereka adalah baki 11 peserta yang terakhir daripada penyingkiran.  Walaupun ramai yang sudah aktif dalam industri hiburan sebelum ini, mereka telah menandatangani kontrak bersama Swing Entertainment untuk bergerak bersama dalam kumpulan yang dinamakan Wanna One selma lebih kurang 2 tahun. Kontrak mereka telah pun tamat pada 31 Disember 2018.

Walaupun hanya tampil dalam masa singkat, kumpulan ini telah menggegarkan industri Kpop bukan sahaja di Korea malah di seluruh dunia. Dengan lagu-lagu mereka yang ‘catchy’ seperti Wanna, Spring Breeze dan Beautiful telah manambat hati peminat mereka sehinggaa tiket konsert jelajah dunia mereka sentiasa ‘sold out’.

Bagi peminat Wanna One yang masih sedih dengan pembubaran kumpulan ini dan masih merindui mereka, berikut adalah rancangan ahli-ahli Wanna One selepas pembubaran.

  • Kang Daniel dan Bae Jin Young telah membuka café peminat mereka dan akan debut sebagai solo artis.
  • Lee Dae Hwi dan Park Woo Jin akan meyertai MXM and mebuat debut di bawah nama Brand New Boys.
  • Park Ji Hoon yang merupakan seorang pelakon sebelum Wanna One sudah menerima bebrapa lamaran berlakon untuk drama.
  • Yoon Ji Sung akan menyertai teater musical ‘Those Days’ dan akan debut sebagai solo artis sebelum pergi ke ‘military service’.
  • Ha Sung Woon telah melancarkan solo single albumnya ‘My Moment’ pada Februari yang lalu.
  • Lai Kuan Lin yang berasal dari Taiwan teelah menajadi pelakon utama untuk drama cina ‘A Little Thing Called First Love’
  • Ong Seong Wu juga telah menjadi sebagai pelakon Utama untuk JTBC drama ‘The Moment of 18’.
  • Kim Jae Hwan telah menandatangani kontrak Bersama Swing Entertainment untuk menjadi solo artis.
  • Hwang Min Hyun akan kembali kepada group asalnya iaitu NUEST.

Semoga bekas ahli-ahli Wanna One berjaya dengan gerakan solo mereka.

Comments

comments