Warga Bangladesh Peroleh RM100,000 Sebulan, Jual Baju Ciplak Di Malaysia

772

Zaman sekarang ini kita semua sering lihat barangan yang dijual di pasar kini banyak dipolopori oleh warga asing yang berkerja di Malaysia.

Kadangkala, kita hairan, adakah ini negara mereka atau rakyat kita yang malas untuk berkerja.

Baru-baru ini, menurut Sinar Harian, Warga Bangladesh di Malaysia mampu hidup mewah dengan pendapatan bersih RM100,000 sebulan.

Sedangkan belia yang baru berkerja gaji minimum mereka RM1+++, ini pula mereka yang berkerja di Malaysia dengan berniaga.

Warga Bangladesh kini memilih untuk menjadi pemborong baju dan seluar ciplak jenama terkemuka.

Warga Bangladesh

Taktik mereka senang sahaja, pada mulanya warga Bangladesh akan berhijrah ke negara ini dan bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Pihak pasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Selangor telah menyerbu empat premis perniagaan di Kenanga Wholesale City.

Hasil daripada pemeriksaan dilakukan, pihak KPDNHEP mendapati beberapa premis perniagaan di kawasan itu dimiliki warga asing Bangladesh dan mereka berniaga pakaian jenama terkemuka tiruan yang dipercayai diseludup dari luar negara dalam kuantiti besar.
Berniaga besar-besar

Lebih memeranjatkan apabila kualiti barangan ciplak yang dijual hampir 90% menyamai produk tulen hingga menyukarkan pihak berkuasa membezakannya.

Apa pendapat anda semua tentang lambakan pekerja asing di Malaysia?

 

Sumber: Sinar Harian

 

Comments

comments