Warga China Sanggup Terjun Bangunan, Imigresen Serbu Markas ‘Scam Online’ Terbesar Di Cyberjaya

Tular satu video memaparkan sekumpulan pendatang asing lari bertempiaran apabila markas mereka diserbu oleh pihak berkuasa.

Baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) telah melakukan serbuan ke atas premis yang disyaki menjadi markas sindiket scam online (Forex) yang didalangi warga China di negara ini.

Hampir 1,000 warga China ditahan di Cyberjaya, Selangor. Video yang tular ini memaparkan mereka sedang lari bertempiaran ketika diserbu pihak imigresen di kawasan berhampiran Wisma Mustapha Kamal, Cyberjaya.

Bukan itu sahaja, ada juga diantara mereka yang sanggup mengorbankan nyawa sendiri dengan melompat dari bangunan tinggi agar dapat meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Advertisement

Satu sidang media khas telah diadakan berhubung operasi penguatkuasaan ini yang dipercayai sindiket scam online terbesar oleh warga China di negara ini.

Rata-rata netizen memuji kejayaan Jabatan Imigresen yang berjaya menumpaskan sindiket penipuan berkenaan.

Tahniah Jabatan Imigresen Malaysia kerana berjaya menumpaskan markas sindiket scammer. Ingat jangan mudah mempercayai orang dan jadi mangsa scammer.

Comments

comments