Warga Emas 81 Tahun Terima Cabutan BSN SSP Bernilai RM1 Juta

Cabutan Tempatan BSN

Rezeki buat warga emas berusia 81 tahun kerana beliau berjaya membawa pulang wang bernilai RM1 juta melalui Cabutan Istimewa Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi bulan Februari 2021.

Jay Khairil selaku Ketua Eksekutif BSN berkata, ini merupakan kali kedua ibu kepada sembilan anak membawa pulang hadiah daripada cabutan SSP. Sebelum ini, melalui cabutan bulan pada Mei 2018, beliau pernah mendapat hadiah pertama sebuah BMW 318i.

BSN SSP

“Sehingga hari ini, beliau masih setia menyimpan dengan BSN SSP walaupun memenangi ganjaran menarik termasuklah cabutan istimewa BSN SSP RM1 juta”.

Tambahnya, sebagai bank komuniti, BSN akan terus mendukung mandat kerajaan untuk menggalakkan budaya menabung dalam kalangan rakyat tempatan.

Advertisement

Buat julung kali pada tahun ini, BSN mengumumkan seramai 13 orang pemenang bagi Cabutan Tempatan yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Auto.

BSN SSP

Cabutan Tempatan diadakan pada Bulan Februari, Mei dan Ogos 2021 secara terbuka kepada penyimpan yang mempunyai BSN SSP dengan simpanan minimum RM100.

Lebih menarik, rakyat Malaysia juga dapat menikmati kadar keuntungan sehingga 1.9 peratus setahun dengan menyimpan di BSN SSP Edisi Khas di mana ia adalah sama dengan kadar tetap di bank lain.

SUMBER

 

 

Comments

comments